jom klik

Wednesday, February 4, 2015

JENAHAK MASAK TOMATO


Resepi asalnya ialah tongkol masak tomat..from tanah seberang...sedap juga ala masak tomato kita lah cumanya org2 sana suka guna real tomatoes...org melayu kita pulak suka letak sos tomato hihihi

Kiranya bolehlah buat sekali sekala kan..tukar angin..

KAILAN IKAN MASIN

 
 
Entah apa ada pada kailan yg menyebabkan cikla begitu mengemari rasenya..krup krap hingga ke btg daun semua..

Bahan2
Seikat kailan..ptg daun dan hiris nipis btgnya, rendam air
Sebtg cili merah potong serong
2-3 biji cili padi ketuk
1 sudu besar ikan masin yg telah dipotong, tak kira jenis apa
2 ulas bwg merah mayang
2 ulas bwg putih ketuk
Sedikit sos tiram kalau suka

Cara2
  1.  tumis bwg mayang, bwg putih, cili api dan ikan masin hingga garing
  2. Masukkan sos tiram, gula atau garam jika suka..cikla tak.letak pun
  3. Masukkan btg kailan, goreng sekejap
  4. Masukkan pula daun2 dan gaul rata
  5. Angkat terus hidang...boleh tabur bwg goreng kalau ada stok

Saturday, January 10, 2015

TEMPE GORENG KICAP SEDAP



 Biasanya cikla masak sambal tempe..sedikit berkuah. Hari ini nak masak style lain pulak sbb byk tempe ni..ingat nak simpan lama..so kenalah masak super kering. Kali ini try masak kicap..nyum nyum

Bahan2
Sebungkus tempe -potong kecik dan nipis nipis, rendam air garam dan kunyit
Segenggam bilis,  buang perut
2 sudu besar kicap manis 
Garam
Gula
Asam keping 
Se
3 ulas bwg merah dimayang
2 ulas bwg putih dimayang 
5 tangkai cili kering potong serong pendek

Bahan tumbuk
5 biji cili padi
1 ulas bwg merah

Cara2
  1. Goreng tempe hingga garing
  2. Begitu juga bilis dan ketepikan dulu
  3. Tumis bahan mayang hingga wangi
  4. Masuk bahan tumbuk 
  5. Goreng hingga garing
  6. Masuk kicap manis, sedikit air, garam gula dan asam keping
  7. Goreng hingga garing dan keribg, tutup api
  8. Masukkan tempe da n bilis, kacau rata.
  9. Bila sejuk masukkan ke dlm balang tertutup.


Thursday, January 8, 2015

UMAI IKAN TENGGIRI



250 g ikan tenggiri fresh di ambil isi
1 labu bawang besar mayang
1-2 inci halia mayang
5-6 biji cili padi
Daun ketumbar
Sebiji bwg merah dan dua biji cili padi tumbuk halus
6-8 biji limau kasturi ambik jus
Sesudu cuka

Cara2 nya:
  1. Isi ikan direndam dlm jus limau dan cuka hingga bertukar putih
  2. Gaulkan bersama bahan tumbuk
  3. Masukkan sekali bwg mayang,  halia, cili padi,  garam dan gula
  4. Tabur daun ketumbar

IKAN MERAH MASAK MASAM MANIS