jom klik

Wednesday, January 15, 2014

LALA MASAK SAMBAL SERAI


Cikla kalau jumpa lala mesti..mesti..mesti nak beli...mmg pantanglah kata org..pantang nampak, nak makan hehehhehe...sini kat Brunei susah skit nak jumpa lalA, yg byk tu kepah yg kulit agak keras skit kan...act Cikla ni semua jenis kerang-kerangan Cikla suka belaka...pastu gatal2 lah seluruh muka..suka punya pasal, garu pun garulah janji makannnnnnnn..yang lala ni entah zaman bila Cikla masak..gambo pun al kelabu kelala dah huhuhu. Rasanya semua orang dah tahu masak sambal lala ni kan..Cikla letak jugaklah resepi sbb kali ni Cikla cuba resepi org lain pulak

LALA GORENG SAMBAL SERAI
Sumber: KHAI"S SEDAP

Bahan2nyer:
1/2 kg lala (ada orang panggil kepah retak seribu)
2 sudu besar cili sos
1 sudu besar sos tiram
1/2 sudu besar sos ikan
1 sudu kecil gula
garam dan serbuk perasa secukup rasa
minyak untuk menumis
1 labu bawang besar untuk hiasan (potong ikut suke bulat2 pun boleh)
3 batang serai ketuk
Bahan2 yang dikisar:
2 ulas bawang merah
3 ulas bawang puteh
1/2 inci halia
10 biji cili kering-cikla letak cili besar, cili kering dan cili padi


Cara2nyer:
-Panaskan minyak dalam kuali. Setelah minyak panas, tumiskan bahan2 kisar tadi hingga garing.
-Setelah garing masukkan sos cili, sos tiram, sos ikan, garam jangan banyak sangat sebab sos ikan tu pun dah agak masin ok, dan gula.
-Biarkan seketika.
-Kemudian masukkan pula lala tadi. Kacau dan tutup dalam 5 minit.
-Setelah 5 minit, masukkan bawang besar tadi. Kacau lagi dan biarkan kuah dier agak pekat sikit
-Padamkan api dan boleh lah dihidangkan dan dihias mengikut citarasa anda semua.
-Selamat mencuba.

kalau tak ada lala, kepah pun sedapppp juga (^_^)

2 comments:

  1. Hai Cikla. Salam perkenalan. Terima kasih sudi follow blog saya. Saya pun dah follow blog Cikla juga. :)

    ReplyDelete