jom klik

Monday, January 13, 2014

GULAI URAT KAKI LEMBU


Ada yang suka mkn kaki lembu tak?...bese kat trg org buat rojak kateh yg super sedap..Cikla taip ni pun kecur air liur. Sedapnya lah huhuhu....tapi act kaki lembu ni sedap sgtttttttt dibuat sup, goreng kicap atau masak merah pun ok..kali ni Cikla buat gulai kikil...sapa2 yg biasa makan masakan padang mesti bese tgk ni kan..sedap tau..tapi takleh makan selalu yer..byk kolestrol

GULAI URAT
Sumber: aneka resep makanan

BAHAN-BAHAN
1 kg kaki lembu-bersihkan, rebus dan potong..ela beli yg dah siap bersih
250ml santan
air secukupnya
2 helai daun limau purut
1 helai daun kunyit
1 inci halia-ketuk
1 inci lengkuas ketuk
1 keping asam keping
garam gula

bahan kisar
4-5 biji cili merah
4 ulas bwg merah
1 ulas bawang putih
3 biji buah keras
1/2 inci kunyit hidup
1/2 sudu teh jintan manis dan jintan putih
1/4 sudu teh lada putih-secubit je
1/2 biji buah pala
1/2 batangkulit kayu manis
3 biji cengkih

CARA-CARA
1 .rebuskan kaki lembu selama 30 minit , kemudian buang airnya supaya hilang lemak2 tu
2. rebus lagi hingga empuk
3. tumis daun limau purut, daun kunyit, lengkuas dan halia.
4. kemudian masukkan bahan2 kisar tadi
5. tumis hingga naik bau, kering sedikit dan pecah minyak
6. masukkan semuanya ke dalam rebusan kaki tadi..kacau rata
7. masukkan santan dan asam keping ..kacau hingga mendidih dan perasakan dgn garam dan gula
8. bila benar2 empuk bolehlah diangkat


kaki lembu yg siap dibakar dan dikikis 
tapi Cikla beli yang dah siap bersih yer..
balik tinggal rebus dan potong jer


2 comments:

  1. Tengok gulai tu pun dh rasa lapar nasi...x pernah buat lgi ni..

    ReplyDelete
  2. ye kak sarah..sedap ni hehhehe...

    ReplyDelete