jom klik

Wednesday, April 22, 2009

JERUK BETIK

dah lama terliur jeruk ni sejak tgk kat umah kak madiha... tapi takda betik mengkal kat sini..payah la nak jupa..so ela main buat je la green papaya...sedap gak..krup krap krup krap..dah 3 kali wat nih..baru nak post..sbb nya takdan nak ambik gambo...bukak peti je cari menda ni la.....tq ya kak madiha..mmg sedap sesuai nga tekak ku ini....ni resepi ya..


2 biji betik mengkal (anggaran 1½ kg ) ~ pastikan masih keras isinya
1 cawan gula pasir (boleh kurangkan kalau taknak manis sangat)
1 cawan cuka (boleh lebihkan ikut selera sendiri)
1 cawan air MASAK
2 sudu kecil garam
12 biji asam boi warna merah
4 ~ 5 biji cili padi ~ belah 2


Cara Menyediakan
1. Kupas betik, buang bijinya & dicuci bersih.
2. Potong betik saiz kesukaan anda. Anggaran 1 inci lebar setiap keping dan dihiris berlapis2 tetapi jangan putus!! (Hiris ala2 mcm jeruk betik terjual kat kedai tu ler )
3. Cuci lagi dan toskan betik tadi.
4. Masukkan isi betik dalam bekas yg sesuai utk menjeruk.
5. Campurkan gula, garam, cili padi, asam boi dan gaul rata.
6. Tuangkan cuka & air masak agak2 separas/setinggi setengah isi betik dlm bekas tadi. Tak perlu tenggelam betiknya kerana betik akan mengeluarkan airnya sendiri selepas sehari dijeruk. 7. Kacau2 sedikit dan tutup bekas dan bolehlah disimpan selama 2 malam sebelum boleh dimakan.
8. Untuk jeruk lebih bertahan lama.. boleh disimpan dlm peti ais selepas dijeruk 2 mlm.

No comments:

Post a Comment