jom klik

Tuesday, May 12, 2009

DAGING HITAM NASI KANDAQ

dapat dari MYRESIPI lagi...by Fatini_sfm..tq ya..katanya penang mari ni....tak penah masak lauk gini..hubby mesti suka ala2 mamak kan...ela campur tulang sekali...nice!manisnya kuah dia tuh...ELA C&P resepi ni..tapi wat sket jer la..cukup makan 2 beranak...lqman tak pandang punnn
Bahan-bahan ( 10 orang )
1 kg daging
30 biji cili kering
1 sudu serbuk jintan putih
1 in halia
10 ulas bawang putih
10 ulas bawang merah
10 biji bawang besar
2 batang serai
2 tangkai daun kari
2 helai daun pandan
1/4 cawan tomato sup (kimball/heinz)
1/4 cawan kicap manis
1/2 cawan minyak masak
3 biji tomato dihiris
asam jawa, garam
sebiji @ 2 biji rempah tumis terdiri dr kulit kayu manis, bunga lawang,pelaga, cengkih
daun pudina kalau suka

Cara-cara
~daging potong 18
~bawang kecil, bawang putih halia di kisar
~bawang besar dikisar berasingan
~cili direbus dan kisar dengan sedikit minyak. gaul daging dengan bahan kisar dan serbuk jintan
putih, tinggalkan sedikit bawang besar untuk buat penumis
~panaskan minyak, tumis bawang besar dengan rempah penumis, serai ketuk dan daun pandan~masukan daging bersama bahan kisar lain dan kicap
~apabila separuh masak masukan tomato buah, tomato sop dan daun kari~kecilkan api biar mereneh hingga daging empuk
~apabila hampir masak masukan asam jawa , garam dan daun pudina
~ha....ini la daging hitam nasik kandaq :)

2 comments:

  1. salam..wahh..sedap tgk dgg nih...yammmm

    ReplyDelete
  2. eriey...aa sedap gak tukar selera sekali sekala

    ReplyDelete