jom klik

Monday, October 18, 2010

TART NENAS




kak nor wat tart munge2..hehhehe..mmg cantik..tapi ela ni adui la malasssssss...nak masak inti jem ni pun makan tahun...(tipu ler tu)...oleh kerana ela suka ngan tart terpaksa dan memaksakan diri buat jugak....resepi asal sini yer..tq kak nor

TART NENAS

250gm butter
2 sudu besar gula castor
2 sudu besar minyak sapi (Ghee lagi sedap)
1 bj kuning telur
1 sudu besar tepung kastard
1/2 cawan tepung jagung
secubit garam
3 1/4 cawan tepung gandum ~ utk tart gulung
(3 3/4 cawan tepung gandum ~ utk tart bunga)

* kalau nak buat tart bunga kena tambahkan lagi tepung sedikit demi sedikit sehingga adunan boleh dicanai dan tidak terlalu lembik.. jgn terlalu banyak ya nanti keras lak

jem nenas secukupnya ~ digentel bulat2 (kecik sket dr guli)

hiasan:
1bj kuning telur
1 titik pewarna kuning
1 sudu air

Bancuh ketiga2 bahan ni hingga sebati.

Cara2:
Ayak ke tiga2 tepung.
Pukul butter dgn gula hingga putih/creamy.
Masukkan minyak sapi, kuning telur dan garam.
Pukul lagi hingga sebati.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul sebati hingga menjadi doh.
Perap sebentar (arahan tuan resipi asal ya..) supaya doh mesra.

Utk wat tart gulung ~ buat la cam biasa ya.. (dr start picit doh kat acu tart tu, letak inti yg digentel bujur, gulungkan, buang lebihan doh, kemaskan bahagian bawah tart, letak atas tray pembakar dan sapu kuning telur )

Utk tart bunga ~ambil sebahagian doh dan canai mengikut ketebalan yg disukai. (K.Nor canai setebal 1/4 in)
Dengan menggunakan pisau angkat doh yg dah diterap dan letakkan atas papercup yg dah diletakkan atas patty tin/tray.
Tekan bahagian tengah2 dgn hati2 supaya doh masuk sket kedalam papercup.
Kemudian tekankan papercup tu supaya masuk dgn elok dan kemas jer kat dlm patty tin/tray.
Letakkan sebiji inti nenas yg dah digentel kat tengah2 dan tekan sket supaya kemas.
Sapukan kuning telur kat atas kelopak bunga.
Buat hingga adunan habis dan bakar la hingga masak dgn suhu 175 - 180C.
Angkat dan sejukkan atas redai/rack dulu sebelum disimpan dlm bekas kedap udara.

* Adunan mmg agak lembut/lembik sket. Kalau payah nak canai, ambil sedikit doh dan letakkan sedikit tepung gandum dan gaul hingga sebati.
* masa mencanai guna alas plastik kat bahagian bawah dan atas utk memudahkan proses mencanai dan mengalihkan doh yg dah diterap ke papercup.
* sedikit tip dari tokey semekut puchong (Hunny) utk dptkan rupa tart yg cun lepas dibakar, bakar dulu 1/2 cook tart (samada yg jenis gulung/bunga) lepas tu keluarkan dan baru la disapu dgn kuning telur. Bakar lagi sehingga masak. K.Nor akui mmg cun bila buat gini, cantik jer warna kuning telur tu bila tart siap dibakar. Tapi kerana leceh sket dan nak cepat, K.Nor cuma dpt buat utk 1 tray jer.. Cuba la kalau nak tart kita cun jer outlook dia

No comments:

Post a Comment