jom klik

Thursday, December 12, 2013

DAGING BERCILI RANGGUP



Alahai mmg sedap daging bercili ranggup ni...gambar mmg tak comey yer sbb cikla ni tak pro lagipulak cikla mmg tak minat photografi...apa yg terhidang tuk family..itu yg cikla snap masuk blog...lagipun blog ni ialah BUKU RESEPI Cikla..tempat cikla simpan resepi. nanti nak cari senang...kalau tak tulis2 dalam kertas bagai nanti hilang pulak...

Panjang pulak Cikla bebel..ok lah resepi ni cikla ambik dari sky blue kitchen yer..ada di link di bawah..nengok gambar yg melley ambik mmg menitik air liur ok..next time leh wat lagi...tq empunya resepi..ela paste kat bawah yer...

Resepi daging bercili ranggup
sumber: sky blue kitchen


Bahan-Bahan 
  • 500 gm daging batang pinang _ dipotong nipis mengikut citarasa masing-masing
  • 10 - 20 tangkai cili kering _ dipotong 2 atau 3 inci panjang ( boleh dikurangkan atau ditambah mengikut citarasa masing-masing )
  • 1 biji capsicum hijau _ dipotong dadu 
  • 1 biji bawang besar _ dipotong dadu kasar
  • 2 tsp halia parut
  • 4 ulas bawang putih _ diparut
  • Sedikit biji bijan panggang
  • Minyak secukupnya
Bahan-Bahan Perap
  • 1/2 tsp minyak bijan
  • 1/2 tsp perencah pati ayam Tumix-cikla tak letak
  • 1 biji telur
  • Secubit soda bikarbonat
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit gula
Bahan-Bahan A ( digaul rata )
  • Tepung jagung secukup kegunaan
  • Sedikit lada berperisa Aji Shio- cikla guna sala sulah asli
  • Sedikit lada hitam
  • Garam secukup rasa
Bahan-Bahan Sos
  • 6 tbsp sos cili Maggi
  • 2 tbsp sos plum asam manis Loon Kee - cikla guna brand life
  • 4 tsp cuka
  • Sedikit air


Cara-Cara
  1. Daging diketuk sedikit dengan menggunakan belakang pisau ( ketuk manja sahaja ya ).
  2. Kemudian campurkan daging bersama bahan-bahan perap dan gaul rata. Perap selama 1 jam atau lebih.
  3. Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan capsicum dan goreng selama 20 saat. Angkat dan ketepikan. Buat cara yang sama juga untuk bawang besar.
  4. Saluti daging dengan tepung ( bahan-bahan A ), kemudian goreng daging hingga masak kekuningan. Angkat dan ketepikan.
  5. Di dalam kuali yang lain, panaskan sedikit minyak dan gorengkan cili kering hingga berubah warna.
  6. Kemudian masukkan halia dan bawang putih. Setelah terbit aromanya bolehlah dimasukkan bahan-bahan sos dan biarkan ianya mendidih seketika.
  7. Sesuaikan rasa dan masukkan daging goreng, bawang besar dan capsicum hijau. Gaul rata dan tutupkan api.
  8. Taburkan biji bijan panggang di atas ayam ketika menghidang.
  9. Hidang bersama nasi putih panas.

No comments:

Post a Comment