jom klik

Wednesday, December 11, 2013

LAKSA SARAWAK HAJI MANAN

Hari ni Cikla tak masak nasi yer..makan laksa sarawak sahaja..tapi yg kecik Mustaqim mkn spagetti sbb laksa ni pedas skit...Luqman masih boleh tahan mkn berselang2 ngan air..suka punya pasal.

Cikla suka guna perencah laksa Hj Manan..halal heheheh...kalau kat brunei ni byk jenama lain..Cikla biasa beli kat Miri...dulu masa kat semenanjung cikla order intenet ajer..bolehlah google yer cari rempah laksa sarawak Haji Manan. Disertakan sekali dgn resipi yer




BAHAN-BAHAN
1 paket @200 g perencah laksa sarawak haji manan
300g udang
1/2 ketul dada ayam
1 peket bihun
300g tauge
2 biji telur ayam
200/250ml santan
1 ikat daun ketumbar
3 sudu kecil pati ayam-cikla tak letak
garam jika perlu

Penyediaan bahan-bahan
bihun dan tauge dicelur ke dlm air panas, isi udang digoreng 1/2 masak, isi ayam direbus dan dicarik2 kecil, telur dadar digoreng digulung dan dihiris kecil

Penyediaan kuah laksa
panaskan 1 liter air, masukkan perencah laksa sarawak, kacau hingga larut, pati santan, pati ayam dan biarkan mendidih selama 5 minit...

Cara Hidangan
masukkan bihun ke dalam pinggan, letakkan hirisan telur, ayam, udang dan 2-5 helai daun ketumbar. masukkan kuah panas dan hidangkan. untuk rase yg lebih enak dan pedas, boleh masukkan sambal belacan yg ditumbuk dengan peracahan limau kasturi. sesuai untuk 5 hidangan

2 comments:

  1. Nampak menyelerakan ila..tp kat semenanjung ni ada ke rempah tu

    ReplyDelete
  2. Takdok wase niza...beli online lah ada jual wase

    ReplyDelete