jom klik

Saturday, May 2, 2009

LALA GORENG SERAI

resepi ni dari myresepi..ela bese wat gini kalau masak isi kerang cuma yg beza, ela letak serbuk kunyit skit...sedap la...kalau nak wat ala2 thai pulak, leh masuk daun limau purut yg dikoyak2 yumyumm.....tq KAK NOR (nor_67)........

Bahan-bahan ( 3 org makan )
500 gm lala - dibersihkan dan toskan
3 batang serai - dipotong serong
3 ulas bawang putih - diketuk
1in halia - dipotong panjang
5 biji cili api - diketuk
1 sb sos tiram
1 biji bawang besar - dipotong bulat
daun bawang, tomato ceri
garam dan gula utk perasa
2 sb minyak

Cara-cara
-Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bawang putih dan halia hingga wangi. Masukkan serai serta cili api. Kacau hingga naik bau.
-Masukkan sos tiram, garam dan gula secukup rasa. Kacau sebati dan masukkan lala. Kacau sekejap dan tutup kuali. Biarkan lebih kurang 3 minit atau sehingga cengkerang lala berubah warna.
-Sekiranya masakan agak kering, masukkan sedikit air. Kacau hingga sebati pastu masukkan bawang besar, tomato ceri dan daun bawang....

1 comment:

  1. Lala --- Ella , dekat-dekat doh tu. hihihi. lawok petang rabu.. jangang maroh deh.

    ReplyDelete