jom klik

Monday, October 18, 2010

BEBOLA TAUHU

Bahan untuk Bebola
1) Tauhu (1 keping)
2) Udang (100g)
3) Tepung jagung (2 sudu besar)
4) Telur (1 biji)
5) Serbuk lada sulah (sedikit)
6) Gula dan garam (sedikit)
Bahan untuk Sos
1) Bawang merah dipotong nipis (2 ulas)
2) Bawang putih dicincang halus (1 ulas)
3) Sos tomato (4 sudu)
4) Kicap pekat (1 sudu)
5) Cili merah dipotong nipis (1 biji)
6) Gula dan garam (sedikit)

Untuk membuat bebola tauhu:
Cincang halus udang.
Potong kasar tauhu.
Lenyek tauhu hingga hancur.
Campurkan tauhu dengan udang, tepung jagung, serbuk lada sulah, garam dan gula.
Gaul sebati.
Bentukkan adunan bulat-bulat seperti bebola.
Pukul telur.
Celup bebola tauhu ke dalam telur dan goreng.
Angkat setelah garing.
Bebola tauhu boleh juga dimakan begitu sahaja.

No comments:

Post a Comment