jom klik

Monday, October 18, 2010

SHEPARD PIE



lama dah nak buat nie..ari ni baru terpanggil hahahhahah....resepi kak liza ni...tq soooooooo much kak...
Shepherd Pie

Bahan 500 gm daging kisar RAMLY
1 labu bawang besar [potong dadu]
1 ulas bawang putih [cincang halus]
1 cawan kacang peas
8 biji cendawan tin [belah 4]
5 biji buah tomato masak
1 batang carrot [potong dadu]
1 pokok daun sup [cincang]
1 s/b tepung jagung ] 1 cawan air ] bancuhkan
1 s/b lada hitam tumbuk ]
1 kiub stok daging
2 s/b minyak garam


Bahan Kentang
1 kg kentang [potong dadu]
1/2 cawan susu segar
2 s/b mentega garam, serbuk lada sulah air untuk merebus kentang secukupnya

Cara
1. Panaskan minyak, tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
2. Masukkan daging kisar dan cendawan. Kacau rata sehingga daging nampak masak.
3. Masukkan tomato dan semua bahan lain kecuali bancuhan tepung jagung
4. Bila mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau sehingga masak.
5. Angkat dan masukkan dalam mangkuk kaca tahan panas atau pinggan sekiranya nak
buat dalam mangkuk kecil.
6. Kentang direbus dengan air dan garam sehingga air rebusan kering.
7. Lecek kentang dan gaulkan dengan susu segar, serbuk lada sulah dan mentega.
8. Masukkan sedikit kentang dalam mangkuk aluminium kecil.
9. Masukkan inti dan tutupkan dengan kentang lecek lagi.
10. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan 200'C selama 30 minit
11. Sejukkan dan hidangkan.

No comments:

Post a Comment