jom klik

Showing posts with label cake. Show all posts
Showing posts with label cake. Show all posts

Sunday, July 10, 2011

CISKEK SPECIAL TUK MR HUBBY

baked dis 4 my darling hubby for his bday....happy belated bday dear....resepi dari kakju..
tq so much kak jue..lenkali leh buat lagi

Bahan-bahan :

Kek :
4 biji telur gred A
100 g gula halus
100 g hong kong flour /wheat flour
60g corn flour
50 g air
1 sudu teh baking powder
2 sudu makan ovalette
75g melted butter

Topping :
Cream cheese (agak2 la dgn kek area)
Susu pekat (agak2 juga la)
Cheddar cheese

Cara-cara :
1.Masukkan semua bahan kek kecuali melted butter dan mix dengan kelajuan sederhana.
2.Setelah kembang, masukkan melted butter dan mix sebentar hingga sebati.
3.Tuang ke dalam loyang yang telah di griskan dan bakar pada suhu 150c selama 45 minit-1 jam.
4.Setelah masak, keluarkan dari loyang dan biarkan sejuk sebentar.
5.Sementara itu, mix cream cheese dan susu pekat hingga tiada ketulan.
6.Tuang di atas kek as topping (keliling kek pun boleh)
7.Akhir sekali, parutkan cheddar cheese di atas topping tadi.

.: Sangat mudah dan sedap. Resipi ni saya dapat dalam blog seseorang (tak ingat sgt) tapi tetap nak creditkan untuk tuan punya blog tu andai terbaca. Cumanya saya dah ubahsuai sikit resipinya.

Friday, July 1, 2011

KEK OREN





kek oren mcm gunung berapi active..merekah ...lembut tp manis nyer lah...

resepi i forget dpt from where..nanti kena cari ler.....



Monday, October 18, 2010

AMERICAN NUTTY CHOC CAKE


resepi asal dari kak ummi kuantan..one of my fav chef...even shes a working mom but still rancak di dapur..how i admire her. ela cuma tabur almonds jer kat atas....

BAHAN:- (loyang 9 x 9 in/8 x 8 in)
  • 2 cups flour*
  • 2 cups granulated sugar - guna caster sugar
  • 3/4 cups cocoa*
  • 2 tsp baking powder*
  • 2 tsp baking soda*
  • 2 eggs
  • 1 cup of milk (fresh)
  • 1 cup of corn oil
  • 1 tsp vanilla essence
  • 1/2 tsp salt 1 tsp Nescafe, added to 1 cup of hot water
Cara;:-
  1. Ayak bahan * sekaligus
  2. Pukul sekejap semua bahan kecuali bahan diayak*, susu dan air. (akak pukul lebihkurang 1 1/2 minit gitu..)
  3. Masukkan bahan yg diayak, air dan susu, kacau kejap dgn senduk kayu.
  4. bakar dgn preheat oven 170 selama 45 min. (oven akak - 165C sahaja
Untuk ganache, kak ummi guna resepi di bawah ni..x igtlah amik dari mana...mintak maaf pada tuan punya resepi ya...
Bahan Topping/Ganache:- (Note: akak wat separuh dr bahan ni)
  • 1 tin susu pekat - boleh kurangkan
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1/2 cawan minyak jagung
  • 1/3 cawan serbuk koko (akak guna Van Houten)
  • secubit garam
Cara:-
Campurkan susu, serbuk koko dan minyak. Masak atas api perlahan saja hingga pekat dan kacau selalu dengan whisker. Masukkan garam dan esen, kacau. Bila telah pekat dan berkilat (lebih kurang 10 minit), tutup api dan biarkan sejuk. Sapu atas kek.

KEK KUKUS HAWFLAKES


lama dah bawak hawflakes, konon nak wat layer cake tapi sampai leni tak terbuat .....so takut rosak hawflakes tu, ela wat kek kukus ni..resepi dari Kak Fida my resipi..thanks

SLICE CHEESE CAKE



bese kalau beli slice cheese ni mmg terbuang tak abih...so i pun melilau cari resepi..jupa kat myresipi oleh onigiri....mmg lembut..tapi i terkurang manis la pulak...uhuhuh..oleh kerana ku takda topping lain..ku tabur ajer ngan milo hahhahhaha....janji ada color kan..almaklumlah anak i sorang tu suka yg color maler..

Bahan-bahan ( kek saiz 20cm )
4-5 keping slice cheese
200 ml susu segar
70 gram butter atau marjerin
70 gram tepung gandum (diayak dahulu)
70 gram gula
4 biji telur saiz M
beberapa titik esen vanila
Cara-cara
-potong atau siat slice cheese kecil-kecil dan campurkan dengan susu segar
-kemudian masukkan dlm periuk, gunakan api perlahan dan biarkan slice cheese tadi cair. kacau sentiasa.
-masukkan butter dan kacau hingga larut, tutup api dan sejukkan sebentar.
-asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula hingga menjadi meringue. -didalam bekas lain pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan kedalam adunan cheese tadi, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul
-akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan berberapa titik esen vanila, gunakan -cara kaup balik supaya adunan rata. glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. -masukkan adunan kek di dalam acuan .
-bakar pada suhu 170 darjah selama 20 minit dan turunkan suhu 140 darjah selama 40 minit, gunakan acuan kek berukuran 20cm dan letakkan sedikit air di bawah dulang pembakar, cara bain marie, untuk mendapatkan kek yang elok teksturnya.
-hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja. kek ini lembut dan ringan. tak rugi mencubanya

CARROT CAKE

resepi ni ela ambik dari jiran ela..originally dari seorg kawan yg lain hehhehe
2 cawan icing sugar
2 cawan tepung gandum
4 biji telur
2 cawan carot parut
1 cawan walnut cincang
1 cawan kismis rendam ngan sesudu sunquick n air-toskan
1 cawan vege oil
1 sudu teh soda bicarbonate
1 sudu teh vanilla essence
1 sudu besar cinnamon powder
1 sudu besar sunquick
1 sudu besar madu

  • tepung, cinnamon powder n soda diayak n ketepikan
  • pukul telur dan gula hingga kembang, tambah madu
  • masukkan tepung tadi sedikit demi sedikit n pukul lagi
  • masukkan minyak pukul sebati
  • kemudian masuk lagi vanila, sunquick, kismis, walnut dan carot parut
  • kacau sebati..masukkan lam loyang
  • bakar lam preheat oven 180deg hingga masak
*gula boleh dikurangkan cos cake ni manisss

Friday, May 29, 2009

CHOC CAKES

PROJEK kek 2 days ago....sebenarnya wat tuk jiran ela yg nak celebrate buffday hubby dia....da, ok dok?..pastu dah alang2 wat..wt satu agi tuk makan2 ngan kawan2 hehhehhe..projek ngan cekna...

ni yg ada smarties..ala2 kanak2 riang ni wat makan sajer je..yg ni pakai topping cocoa powder...sebenarnya resepi ni kukus..tapi hehheh malaskan..bakar jerla...

yg ni da punyer..tak tahu nak letak apa supaya tak nampak plain sgt....yg ni guna topping pakai cooking coklat..tgk2 lam esbok cam takda yg menarik..nak letak coklat smarties karang cam childish sgt kehkeh..lagipun tuk lelaki kan....

las2 tgk ada satu tin peach..ok la janji ada color molor sket....jadilah bunga ni..apa ek nama bunga gini?..lupa....:P...
dah lama tak wat kek uu..tahun ni rasenya dis is da 1st...baking ikut mood..kat umah ni org tak berapa nak minat ngan kek, kuih segala....yg ni pun ela simpan 1 small slice jer tuk hubby ngan luqman...ela pun kureng ngan kek ni..bese kalau rase nak makan sgt kitaorg p beli 1 slice share 3 org gitu..hhehehheheh
resepi dah ada kat umah lama ela.tapi letak lagi la yer..
BAHAN2
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bicarbonate
1 cawan cocoa powder-ela guna van houten, ayak
1 cawan minyak masak
1 cawan gula
1/2 cawan susu pekat
1 cawan susu segar-ela guna susu coklat
3 biji telur-size A
CARA2
1. ayak gandum, baking powder dan soda bicarbonate.
2. dalam pot lain, masukkan cocoa powder, minyak masak, gula, susu pekat dan susu
segar.
3. masak atas api sehingga semuanya sebati dan ketepikan
4. sementara itu, pukul telur hingga kembang..
5. masukkan telur ke dalam campuran tadi dan pukul hingga semuanya bercampur
6. masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau
7. tuang dalam loyang yg digriskan butter dan dilapik baking paper
8. bakar dalam preheat oven, 180deg sehingga masak....

TOPPING I (cooking coklat-double boil)
100g cooking choc-chop
100 g whipping cream
sedikit butter
-panaskan whipping cream, masukkan choc dan kacau hingga semua choc cair
-tutup api, masuk butter..kacau sebati
-tuang atas kek yg dah sejuk

TOPPING II (cocoa powder)-resepi FENDI MYRESIPI>>thanks ya
-1/2 cawan cocoa powder (van houten)
-1/2 cawan susu pekat
-1-2 sudu minyak masak
-2-3 sudu susu segar
1. masukkan semua bahan2 dalam periuk
2. masak atas api sederhana sambil kacau sentiasa
3. bila likat, angkat dan tuang atas kek yg sudah sejuk