jom klik

Monday, January 13, 2014

OPOR DAGING PAHANG


Opor ni salah satu faveret hubby..maklumlah orang pahang hehhehe...cikla tak reti sgt dulu..bese kat trg lebih kurang lauk gini org panggil kerutuk...dah kawin ngan org pahang kenalah belajar masakan pahang jugak..ye dok..hehehhehe...opor ni sedap tau..rase mcm rendang, mcm kerutuk sedap sgt dimakan dgn nasi minyak atau pulut kuning...

BAHAN-BAHAN
50 g rempah opor..ela guna Puteri ayu
1 kg daging
1 cawan santan
1 sudu kerisik
1 labu bwg besar-belah 4
1 btg serai ketuk
air asam jawa
minyak masak
garam
gula/ nissan

bahan A-blend
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
i inci lengkuas
3-5 sudu cili kering mesin

bahan B-hiris
3 ulas bwg merah
2 ulas bwg putih
3 kuntum bunga lawang
2 btg kulit kayu manis

CARA-CARA
1. tumiskan bahan B dengan minyak masak sehingga wangi
2. Campurkan bahan A dan tumis bersama bahan B hingga garing.
3. masukkan daging/ayam, air asam jawa, serai dan bawang besar..biarkan mendidih
4. masukkan santan kelapa , garam, gula/nisan/gula melaka secukup rasa, masak dgn api yg sederhana sehingga daging empuk dan kuah menjadi pekat.
5.masukkan kerisik dan kacau sebati...sedia untuk dihidangkan.



cikla guna rempah ni...

2 comments: