jom klik

Saturday, August 6, 2011

AYAM MASAK MERAH BERKUAH

My Resipi: Ayam masak merah: mamiamin

Bahan-bahan ( 4 org makan )
1 ekor ayam - potong kecil dan goreng
rempah tumis - 4 sekawan
3 sudu besar cili kering/ cili boh
1 tin kecil tomato puree
1 cawan tomato sos
5 sudu besar madu
5 cm halia - dimayang
6-8 ulas bawang putih - dimayang
10 ulas bawang merah - dimayang
4 labu bawang besar - dihiris bulat
1/2 cawan susu cair


Cara-cara

Goreng ayam hingga masak tpi jgn sampai garing sangat. Keluarkan dri kuali . Dalam kuali yg sama tumiskan rempah ratus dan bahan yg dimayang dgn 1 senduk minyak lebihan goreng ayam tadi. Kemudian tambah cili boh dan goreng hingga garing. Kemudian masukkkan pula tomato puree dan tomato sos gaul hingga sebati. Masukkan pula madu, gula dan garam. Sesuaikan rasa garam dan manisnya. Tambahkan sedikit air jika terlalu pekat. Bila sudah mendidih masukkan pula susu cair. Kecilkan api. Kacau rata. Kemudian boleh le masukkan ayam yg telah digoreng dan bawang besar tadi. Biarkan sebentar hingga mendidih atau sampai kuah dan ayam sudah mesra. Boleh ditambah kismis dan daun bawang jika suka. Selamat mencuba. Guten apetit !"

No comments:

Post a Comment