jom klik

Showing posts with label indonesia. Show all posts
Showing posts with label indonesia. Show all posts

Wednesday, February 4, 2015

JENAHAK MASAK TOMATO


Resepi asalnya ialah tongkol masak tomat..from tanah seberang...sedap juga ala masak tomato kita lah cumanya org2 sana suka guna real tomatoes...org melayu kita pulak suka letak sos tomato hihihi

Kiranya bolehlah buat sekali sekala kan..tukar angin..

Saturday, January 10, 2015

TEMPE GORENG KICAP SEDAP



 Biasanya cikla masak sambal tempe..sedikit berkuah. Hari ini nak masak style lain pulak sbb byk tempe ni..ingat nak simpan lama..so kenalah masak super kering. Kali ini try masak kicap..nyum nyum

Bahan2
Sebungkus tempe -potong kecik dan nipis nipis, rendam air garam dan kunyit
Segenggam bilis,  buang perut
2 sudu besar kicap manis 
Garam
Gula
Asam keping 
Se
3 ulas bwg merah dimayang
2 ulas bwg putih dimayang 
5 tangkai cili kering potong serong pendek

Bahan tumbuk
5 biji cili padi
1 ulas bwg merah

Cara2
  1. Goreng tempe hingga garing
  2. Begitu juga bilis dan ketepikan dulu
  3. Tumis bahan mayang hingga wangi
  4. Masuk bahan tumbuk 
  5. Goreng hingga garing
  6. Masuk kicap manis, sedikit air, garam gula dan asam keping
  7. Goreng hingga garing dan keribg, tutup api
  8. Masukkan tempe da n bilis, kacau rata.
  9. Bila sejuk masukkan ke dlm balang tertutup.


Wednesday, January 7, 2015

SAMBAL JERING

Ala masak mcm sambal bese tu je cuma jering kena lah rebus dulu hingga empuk..iaitu kulitnya dah terbuka...kalau dapat jering semai atau jering tua lagi sodap heheheh

Cara rebus jering
Basuh jering dgn kulit sekali, masukkan air, daun pandan dan daun limau purut.
Rebus hingga kulit terbuka..lagi lama lagi sedap...

Monday, January 13, 2014

GULAI URAT KAKI LEMBU


Ada yang suka mkn kaki lembu tak?...bese kat trg org buat rojak kateh yg super sedap..Cikla taip ni pun kecur air liur. Sedapnya lah huhuhu....tapi act kaki lembu ni sedap sgtttttttt dibuat sup, goreng kicap atau masak merah pun ok..kali ni Cikla buat gulai kikil...sapa2 yg biasa makan masakan padang mesti bese tgk ni kan..sedap tau..tapi takleh makan selalu yer..byk kolestrol

GULAI URAT
Sumber: aneka resep makanan

BAHAN-BAHAN
1 kg kaki lembu-bersihkan, rebus dan potong..ela beli yg dah siap bersih
250ml santan
air secukupnya
2 helai daun limau purut
1 helai daun kunyit
1 inci halia-ketuk
1 inci lengkuas ketuk
1 keping asam keping
garam gula

bahan kisar
4-5 biji cili merah
4 ulas bwg merah
1 ulas bawang putih
3 biji buah keras
1/2 inci kunyit hidup
1/2 sudu teh jintan manis dan jintan putih
1/4 sudu teh lada putih-secubit je
1/2 biji buah pala
1/2 batangkulit kayu manis
3 biji cengkih

CARA-CARA
1 .rebuskan kaki lembu selama 30 minit , kemudian buang airnya supaya hilang lemak2 tu
2. rebus lagi hingga empuk
3. tumis daun limau purut, daun kunyit, lengkuas dan halia.
4. kemudian masukkan bahan2 kisar tadi
5. tumis hingga naik bau, kering sedikit dan pecah minyak
6. masukkan semuanya ke dalam rebusan kaki tadi..kacau rata
7. masukkan santan dan asam keping ..kacau hingga mendidih dan perasakan dgn garam dan gula
8. bila benar2 empuk bolehlah diangkat


tapi Cikla beli yang dah siap bersih yer..
balik tinggal rebus dan potong jer


Tuesday, December 3, 2013

GULAI IKAN indonesian style



CIKLA suka dgn masakan indonesia esp padang , bandung ke ataupun acheh..tapi cikla tak retilah nak bezakan gulai2 diaorg ni..kalau padang besenyer kurang pedas sbb ada sambal hijau atau sambal cabai kan...kalau aceh pulak agak pedas sbb selalu menggunakan cabai rawit (cili padi)

resep gulai ikan ni ela dapat dari jiran yg dulu duk sama2 di qatar..dia org aceh...bila dia masak lebih kurang ajer ngan masakan kita terutamanyer kuih muih...jadi cikla adalah interbiu skit2 pasal gulai ni..since then mm cikla selalulah masak gulai style indonesian ni...tapi kalau acheh pedas ..cikla masak mmg tak pedas langsung guna cabai merah sahaja sbb anak cikla mustaqim yg umur 2tahun pun nak makan hehhehe...

kalau ada yg nak buat rujukan leh klik sini yer..nampak mcm lebih kurang dah resep nye tu...cikla perasan kalau indonesia diaorg suka guna kemiri(buah keras ) dlm masakan diaorg.

BAHAN-BAHAN

5-6 keping ikan tenggiri
3 sudu besar santan
2 biji tomato potong 4
1 keping asam keping
air secukupnya
sebatang serai ketuk
2 helai daun limau purut koyak-koyakkan

bahan kisar
5-6 batang cili merah-buang biji spy tak pedas
6 ulas bwg merah
2 ulas bwg putih
2 biji buah keras-untuk memekatkan kuah
sedikit halia
sedikit lengkuas
sedikit kunyit hidup

CARA-CARA

1. panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga wangi
2. masukkan serai dan daun limau purut dan goreng hingga sedikit garing
3. masukkan air dan ikan...
4. kemudian masukkan santan..cikla tak guna byk santan yer..sikit jer
5. kacau sekali sekala supaya santan tak pecah
6. bila ikan masak, masukkan garam secukup rasa




Tuesday, August 23, 2011

GULAI AYAM PADANG

ela bukan peminat gulai ayam..satu2 nya gulai ayam yg ela mkn ialah gulai ayam nasi minyak trg..tapi lepas diperkenalkan oleh hubbie lauk ni..ela amatlah berkenan...ela cuba cari kat tenet dan akhirnya terjumpa yg hampir2 sama ngan gulai yg hubbie beli dari ibu indonesia di sini..bila try, ye mmg ada mcm nak sama..but of coz la...yg dibeli lebih sedap....ela jumpa resepi di sini dan telah diubah skit2 ajer....




1 whole chicken, cut into 8 small pieces

4 boiled eggs, peeled -tak letak

1 can (400 ml) of coconut milk

6 Lime leaves

2 stalk lemon grass

5 cm galangal -letak dalam paste

5 cloves -tak letak

1 tbs vinegar -ela guna air asam jawa

For the paste:

20 small shallots

10 garlic

4 red peppers

4 candlenuts

1 tsp turmeric powder -ela letak kunyit hidup

1 tsp coriander -tak ada in stock

4 tsp salt

1 tbs sugar

COOKING METHOD:

In a blender, put all the paste ingredients and grind it with 1 cups of water.

Pour the paste to a big wok together with lime leaves, lemon grass, galangal & cloves. Cook in medium hot until fragrant.

Add chicken pieces and stir.

Add coconut milk. Add one cup of water if necessary.

Let them boil for 15 minutes and turn to low heat. Cook through until chicken pieces are tender and the sauce is thickened. ( 45 minutes to 1 hour). Add the boiled eggs when chicken pieces have turned tender.

Add 1 tbs of vinegar.

Season to taste.

Serve them warm with rice or ketupat.


my method:
-tumis bahan kisar hingga wangi dan pecah minyak
-masukkan serai, daun limau purut dan air
-masukkan ayam dan reneh hingga ayam empuk
-bila ayam empuk, masukkan santan dan reneh lagi hingga pekat
-perasakan ngan garam, gula, air asam jawa

-

Saturday, August 13, 2011

MINANG FRIED BEEF

kami satu family suka ngan masakan minang n padang...kalau kat doha ni, selain thai food...kita mmg sellau ke restaurant minang..masakannya sesuai ngan selera tekak ela...bila blog walking to gert's blog. i found dis special recipe...it s look so tempting...i wanted to try rite away...ela masak tuk berbuka...hubby ckp sedap...ela pulak kurang ngan rase kerisiknya....ela mmg tak suka ngan kerisik hehheheh...


Ingredients:

1 pound beef – I used flank steak
2 tbsp chili paste or sambal Oelek
4 cloves garlic
2” fresh ginger
6 cloves garlic
2 green chilies – cut small
1 medium size onion – slice round
3 tbsp tomato ketchup
2 tbsp coconut paste/ kerisik (recipe below)
2 tsp sugar
Salt to taste



For the Coconut paste/Kerisik

1 cup fresh grated coconut

1. In a non-stick pan, dry fry the grated coconut until golden brown. Remove, pound or blend it into paste while it is still hot and set it aside to be use later.
2. Sliced garlic, shallots and ginger thinly and set it aside. Slice beef thinly and set it aside.
3. Heat up 2 -3 tbsp of oil in a frying pan, sauté the garlic, ginger and shallots until lightly brown and fragrant. Add in the chili paste and continue to stir-fry for 1 minute. Add in the beef and continue to toss and turn the beef until it change to color.
4. Add in some water, enough to cover the beef. Bring it up to a boil, cover and turn the heat down to low. Let the beef simmer until it is soft. Stir occasionally and add more water if necessary.
5. Add in the ketchup, coconut paste, green chili, onions and all the seasonings. Cook for another 2 minutes and let the sauce thickens.
6. Dish out and serve with warm rice.

Saturday, May 9, 2009

MPEK MPEK




rupa cam fish ball kan..namanya mpek-mpek...ela beli kat toko jakarta ( area airport-bagi org doha) kat sini...satu bekas ni harganya 27qatar riyals....sekali makan jer terus jatuh cinta sedap sgt bagi ela la.....dibuat dari ikan tenggiri, bawang n tepung..siap ada cicahnya sekali....kalau ada kawan indo yg nak ajar...ela nak blajar la buat ni..sedap...