jom klik

Showing posts with label mee. Show all posts
Showing posts with label mee. Show all posts

Wednesday, November 7, 2018

Mee bandung dobo dobo (bodo2πŸ˜‚)


Mee bandung ni mama buat tul dinner...t not suit their taste (anak2) sbb katanya manis skit...n tak pedas...ok next time no manis...more spicyπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Sunday, December 15, 2013

SPAGETI BOLOGNESE~ CARA SIHAT & SEDAP

fav anak-anak



dah  licin yer

Menu kesukaan anak2 ni..mudah senang dan cepat..tapi besenya kalau nak lagi express tu kita beli kuah ready kat kedai kan which is tak healthy untuk anak sbb byk perasa dan pengawet...act senang sgt nak buat kuah dia...buat byk2 leh simpan kat freezer..boleh buat cicah ngan taco chips, leh bake macaroni, leh cicah roti atau sumabta dlm roti kebab.

Di sini cikla share resepi sihat dan semulajadi dari blogger jugak yer..ibu yg sentiasa fikir pasal kesihatan family..

Spagetti bolognese

Bahan-bahan semulajadi:
1 biji bawang besar (holland yang besar-dadukan)
1 labu bawang putih (dadukan)
5 biji tomato~untuk tomato concasse (klik sini cara buat tomato concasse)
sedikit cendawan button fresh-potong ikut suka
1 tin tomato paste
3 sudu susu tepung
2 sudu tepung gandum 
1 cawan air suam
(larutkan susu dan tepung bersama)
3 sudu olive oil
 garam 
gula 
2 sudu besar dried oregano (nak tukar basil atau parsley pun boleh, combine pun boleh. takde pun takpe)
3 cawan air
(jika nak letak: 500 gram daging cincang fresh

Cara-caranya:
-panaskan olive oil
-masukkan bawang yang telah didadukan. tumis sampai naik bau wangi.
-masukkan tomato concasse. tumis lagi. bau makin sedap.
-masukkan button mushroom. dan tunggu bau lagi sedap.
-masukkan tomato paste dan dried oregano. tumis lagi. tunggu sekejap.
-masukkan larutan susu dan tepung. godak. tunggu sekejap bagi mesra.
-masukkan air, garam dan gula.
-tunggu mendidih kaw-kaw (jangan lupa godak, kang hangus)
-siap dan ready to be served

nota kaki: 
jika nak letak daging atau ayam. boleh masukkan lepas masukkan tomato concasse' (step ke 3). daging dah separuh masak, teruskan step berikutnya.

Wednesday, December 11, 2013

LAKSA SARAWAK HAJI MANAN

Hari ni Cikla tak masak nasi yer..makan laksa sarawak sahaja..tapi yg kecik Mustaqim mkn spagetti sbb laksa ni pedas skit...Luqman masih boleh tahan mkn berselang2 ngan air..suka punya pasal.

Cikla suka guna perencah laksa Hj Manan..halal heheheh...kalau kat brunei ni byk jenama lain..Cikla biasa beli kat Miri...dulu masa kat semenanjung cikla order intenet ajer..bolehlah google yer cari rempah laksa sarawak Haji Manan. Disertakan sekali dgn resipi yer




BAHAN-BAHAN
1 paket @200 g perencah laksa sarawak haji manan
300g udang
1/2 ketul dada ayam
1 peket bihun
300g tauge
2 biji telur ayam
200/250ml santan
1 ikat daun ketumbar
3 sudu kecil pati ayam-cikla tak letak
garam jika perlu

Penyediaan bahan-bahan
bihun dan tauge dicelur ke dlm air panas, isi udang digoreng 1/2 masak, isi ayam direbus dan dicarik2 kecil, telur dadar digoreng digulung dan dihiris kecil

Penyediaan kuah laksa
panaskan 1 liter air, masukkan perencah laksa sarawak, kacau hingga larut, pati santan, pati ayam dan biarkan mendidih selama 5 minit...

Cara Hidangan
masukkan bihun ke dalam pinggan, letakkan hirisan telur, ayam, udang dan 2-5 helai daun ketumbar. masukkan kuah panas dan hidangkan. untuk rase yg lebih enak dan pedas, boleh masukkan sambal belacan yg ditumbuk dengan peracahan limau kasturi. sesuai untuk 5 hidangan

Tuesday, August 14, 2012

BAKSO SAPI-original recipe

kenapa original recipe?..sbb yg ini ela belajar dari jiran2 di indonesia di qatar..recipe bakso sebenarnya sgt senang dan rase dia pure gitew..bukan rase mee sup kita...kuahnya clear sajer dan rase yg mild...tetapi beef ball tu ela tak buat sendiri this time, maklumlah di brunei ni mmg byk dijual..so beli sajalah...nanti ada masa ela akan share cara buat beef ball tu...bakso dimakan depan sejenis keropok, sos cili, kicap dan teh botol hehhehh...perfect lah tu..

masa kat qatar ela pernah mkn bakso malang..best sgt ada mcm wantan goreng kat dlmnya...rasenya mmg sedap sgt lah..sometime diaorg jugak letak telur dlm beef ball besenya telur buyuh..ada jugak bakso urat, pun sedap jugak...kat dlm kaldu(kuah) diletak lily buds n cendawan hitam...

tapi yg ini ela buat ikut apa yg ada di dapur ela ajerlah..yg penting ada kaki lembu tuk kuah.

bahan2 kaldu(kuah)
5 biji bwg merah-kisar
10 ulas bwg putih-kisar
lada putih-
kaki lembu potong2
beef ball

cara2
-panaskan minyak
-tumiskan bahan kisar dan lada putih hingga wangi
-masukkan air dan kaki lembu
-reneh hingga masak dan masukkan garam dan perisa kalau suka
-akhir sekali masukkan beef ball sebanyak yg suka

cara hidang
-susun mee, mi telur atau bihun ikut citarasa
-masukkan juga tauge dan sawi serta daun bwg, bwg goreng dan sambal cili kalau suka
-tuangkan kuah yg panas2 berserta beef ball

Monday, October 18, 2010

KUEW TEOW LADNA


tak reti tol nak masak ladna ni..dah banyak kali wat..kali ni pakai resepi SUNKIST plak kat myresipi..tq ya...c&P hihihh

Bahan-bahan ( 4 orang )
250 gram kue teow
4 sb minyak sayuran
1 sb kicap pekat (dark soy sauce)
100 gram isi ayam - di potong kecil2
2 sb tepung jagung
11/2 cawan brokoli
1 sb bawang putih - dicincang kasar
1 sb taucu (yellow bean sauce)
2 cawan stok ayam
1 sb sos ikan
1 sb sos tiram
1 sb maggi seasoning
gula, serbuk perasa & sedikit serbuk white pepper


Cara-cara
~Gaulkan isi ayam dengan 1 sb tepung jagung dan maggi seasoning. Perap selama 10 minit.
~Di dalam mangkuk, gaulkan kue teow dengan 1 sb minyak & kicap pekat.
~Kemudian goreng dalam nonstick pan sehingga warna kekuningan. Angkat dan sejukkan.
~Panaskan minyak dan goreng bawang putih hingga bewarna kekuningan. Masukkan taucu (yellow bean sauce) dan goreng lagi sehingga sebati. Masukkan pula ayam yg telah diperap tadi dan goreng sehingga masak. Masukkan pula stok ayam dan masak hingga mendidih.
~Masukkan brokoli, sos ikan, sos tiram, gula & serbuk perasa. Kacau hingga rata. Masukkan pula tepung jagung yang telah dibancuh dengan sedikit stok ayam.
~Bila sudah pekat, angkat dan tuangkan ke atas kue teow tadi.Taburkan sedikit serbuk white pepper

MILIDI GORENG


pernah dgr milidi?...mee kering yg macam spageti tu la....
selalu makan mee ni kat umah jiran ela..rase dia sedapla masam2, manis..kira cukup la kan..so i tanya la letak apa..rupanya kak ju letak cuka..oo sedapla...cam mee yg dah perah lemon..so kalau masak ni takyah perah limau lagi dah...

BAHAN2
200 g mee
1 labu bawang besar-tumbuk kasar
3 ulas bawang putih-ketuk
2 sudu besar cuka/lemon juice
2 sudu besar cili giling
kicap
sotong
sawi
garam
gula


CARA2
* panaskan minyak, tumis bawang putih hingga garing
* masukkan bawang merah..goreng hingga layu
* masukkan cili giling dan tumis hingga masak cilinya
* masukkan cuka, kicap, garam n gula..
* tambah air secukupnga, masuk sotong hingga empuk
* kemudian, masukkan mee dan sawi......
* hidang panas.......

BEEHOON GORENG

duk pikir la arini nak makan apa..kira2 berjam2 jugak la duk bertapa depan tv tu cari idea.farah pun dah siap upload menu dia hari ni..tgg ela punyer menu lum kuar2 agi kan farah...hihih

las2 ku goreng beehoon jer la sonang citer...bosan nya makan nasi hari2..tapi kira complete meal gak la kan mee ngan puyuh celup tepung..eceli ada mushroom celup tepung gak tapi tak masuk pulak lam gambo ni haaa...duk sibuk makan mushroom tu lupa nak ajak posing sekali..lenkali la ya...

resepi beehoon no dapat dari umah kak jun..resepi dari Diana....uhuhuhuhu..tq ya penyumbang resepi...

bihun
2 biji bawang merah-tumbuk
2 ulas bawang putih-tumbuk
1 sudu besar cili boh
bahan A:-
1 sudu besar kicap cair
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos tiram
3 sudu besar sos cili
4 sudu besar air asam jawa
garam n gula
sawi, taugeh - ganti ngan kobis, karot n cendawan kering
udang
ayam -tak letak
-tumis bawang2 n cili hingga naik bau. masukkan bahan A n kacau sebati.
-masukkan ayam, udang, garam n gula. masukkan bihun n gaul rata.
-masukkan sayur2 n masak sebati. angkat n hias.

MEEE GORENG 1


1/2 kg mee
2 biji tomato belah lapan
1 mangkuk kecil ayam
1o ekor udang
5 biji fish ball belah 2 setiap satu
segenggam udang kering rendam n tumbuk kasar
1mangkuk kecil taugeh
1 sudu kicap pekat
2 sudu besar kicap manis
Bahan kisar
2 ulas bwg putih
6 ulas bawang merah
5 tangkai cili kering
3 tangkai cili padi
  1. panaskan minyak, goreng udang kering hingga garing..
  2. masukkan bahan kisar..tumis hingga wangi n pecah minyak
  3. masuk ayam, fish ball n masak sehingga empuk
  4. tambah lagi kicap manis, kicap pekat, udang basah n mee..gaul mesra..
  5. masuk taugeh, tomato buah, garam n gula kacau kejap...tutup api..

Friday, June 5, 2009

MEE BANDUNG

lama tak cerita pasal resepi..bukan tak masak...masak tetap masak! tapi bese siaran ulangan...leni panas sgt. nak makan pun tak selera...nak makan sup2 ngan yg berkuah jer rase...minum pun nak yg sejuk2 jer....kalau ikutkan hatilah, hari2 nak minuman berais..tapi ela jenis tak tahan, kalau minum ais terus sakit tekak..tu yg tak berani....geram tgk eskrem tapi takut nak makan!.2, 3 hari ni ela masak yg simple2 ajer..hubby pun tak banyak makan gak..maybe penat....dalam bulan ni dah 2x jugak kitaorg g makan nasi beryani...sbb dah bosan makan kat umah.....kat sini itujer la yg ada, tak pun fasfood...kalau fasfood tu dah tak tertelan koT, naik muak nengoknya.... resepi mee bandung dari buku masakan, tapi ela mmg selalu pakai resepi inilah..ok rase dia....alhamdulillah...

Sunday, May 17, 2009

KUETIAU KERANG

RESEPI KAK NOORMA NI...dah banyak kali wat tapi bahan selalu tak cukup pasal kat sini takda kerang, taugeh n daun kucai pulak payah nak jupa...ni kerang ela guna baby clam lam tin...taugeh+kucai takletak pun....kuetiau mmg takda kat sini so, ela guna flat noodles yg kering tu..haluss bukan main, bila rebus jer senang patah la....hancusss..tu yg tak jadi tu..hehhehe....tq ya kak noorma..nanti balik mesia boleh cuba lagi resepi ni..bahan2 semua cukup n sempurna.....
Bahan-bahan(ni untuk sorang makan yer)
~secekak kuetiau
~1 sudu makan pes bawang putih
~1 sudu makan pes cili (kalo suka pedas boleh letak lebih)
~1 sudu besar sos tiram*
~1/2 sudu besar minyak bijan*
~2 sudu besar sos ikan*
~ 1 sudu besar kicap pekat*
~1 sudu besar kicap cair*
~sedikit garam*
~sedikit ajinomoto*

bahan-bahan bertanda* dimasukkan ke dalam satu bekas dan dikacau sekejap (aku masuk dalam cawan kecik dan kacau)
~segengam taugeh
~3 pokok daun kucai
~isi kerang -terpulang banyak mana nak
~udang-sukati nk udang kecik atau besar
~1 biji telur
~minyak masak untuk menumis
***Cara buat pes bawang putih- bawang putih ditumbuk, kemudian rendam dalam minyak masak untuk beberapa jam

Cara-cara
1. Panaskan kuali dan masukkan minyak masak. Masukkan udang, goreng sekejap dan ketepikan.
2.Tumis bawang putih hingga naik bau, kemudian masukkan pes cili. Kacau lagi.
3.Masukkan cecair dalam cawan tadi, dan kacau cepat2.
4.Masukkan kuetiau, kacau rata. Masa ni boleh ler masuk isi kerang. Kacau lagi.
5.Ketepikan kuetiau ke tepi dan pecahkan telur ditengah-tengah. Biar telur beku sedikit kemudian kacau rata dengan kuetiau tadi.
Masukkan taugeh dan daun kucai. Kacau dan siap....

* ni versi kuetiau kering, pada sapa yg nk kuetiau cara basah, masa pecahkan telur tu, masuk sedikit air, kacau dan masukkan taugeh dan kucai...

* tips : untuk menggoreng kuetiau ni, anda dinasihatkan jangan guna kuali yg kecil, Kalo boleh, guna kuali yg besar sikit(tp idak ler kawah..he,he). sebab kita nk kuetiau tu sebati dengan rempah-rempahnya dalam masa yg cepat.
Kemudian, senang untuk kita ketepikan kuetiau tu ke tepi sebelum dipecahkan telur.
Lagi satu, gunakan api yg besar....

Tuesday, May 12, 2009

MEE REBUS TRG VS MEE CALONG BESERAH

MEE REBUS TRG
kalau kat trg (kg ela)...kita panggil mee rebus ni....bese letak ikan pun ada, ayam pun ada, udang pun ada..macamla..ikut selera...kalau nak diet, letak bebola ikan jer.....letak lada hitam banyak2....biar berasap hhehheeh..tapi ela wat ni takleh pedas lah takut luqman takleh makan
5 ulas bawang merah }
2 ulas bawang putih } tumbuk
1 sudu besar biji lada hitam }
200 g mee..
seikat sawi potong
2 biji telur
semangkuk udang
2 buku tauhu
serbuk lada hitam
garam
perasa
CARA2

-panaskan sedikit minyak, tumis bahan tumbuk hingga sedikit garing
-masukkan air, garam dan perasa hinga mendidih
-kemudian masuk tauhu dan udang...tunggu hingga udang masak
-pecahkan telur..biar telur berbungkus elok..
-masuk lagi sawi n mee...
-bila hidang tabur serbuk lada hitam kalau suka pedas....


MEE CALONGG
bila kawin ngan hubby, makan pulak mee calong beserah....hampir tetiap hari pi makan kat beserah tu b4 g sekolah hhehhehe...kalau ada daun bawang boleh tabur sket kat atas tu..mmg sedappp......makan panas2 ngan sambal cili tuuuu...ish rindu kat sungai karang n beserahhhhhhhhh ikan secukupnya
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
4 batang cengkih
4 biji buah pelaga
1 bungkus milidi
5 ulas bwg merah-kisar
3 ulang bawang putih-kisar
tauhu kering

cara2
-isi ikan ditumbuk bersama garam, perasa(optional) dan tepung sagu
-tulangnya direbus dan diambil airnya
-panaskan sedikit minyak, tumis rempah penumis hingga wangi
-masukkan bawang kisar , tumis lagi hingga masak
-masukkan air ikan tadi biarkan mendidi
-isi ikan yg telah ditumbuk, dibuat fishball dan juga diisi dalam tahu kering..masukkan sekali di dalam kuah hingga masak
-perasakan ngan garam n pecahkan telur -tabur daun bawang n bawang goreng

Wednesday, April 29, 2009

FRIED EGG NOODLES (classic style)


tgk lam rancangan masak2 kat FATAFEAT....luqman panggil ni maggie goreng...so takpayah masak maggie untuk anak2 sbb tak elok..masaklah gini...mee telor ni ela dapat kat kedai jakarta (DOHA)...kalau rase nak makan berkuah, boleh wat maggie curry hehehhee
BAHAN A
1 genggam mee telur
daun bawang hiris pendek2
tauge
1 sudu besar cili besar yg dicincang
1 sudu besar bawang putih yg dicincang
1 sudu besar kicap masin
1 sudu besar kicap manis
1 sdu besar sos tomato
1 sudu besar minyak bijan
BAHAN B
dada ayam -potong nipis supaya senang masak
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar tepung jagung
putih telur
CARA2
-ayam digaul bersama 1 tepung jagung, putih telur dan kicap pekat hingga sebati-keep aside
-panaskan kuali, tumis bawang putih dan cili besar tadi hingga wangi
-masukkan ayam tadi dab kacau hingga tak melekat n ayam masak
-masukkan mee, kacau lagi....
-kemudian, masukkan kicap masin, kicap manis dan sos tomato...kacau sebati
-bolehlah dimasukkan tauge n daun bawang
-akhir sekali, curahkan minyak bijan...
-makan panassss
*sebenarnya, chef tu masuk fresh parsley..tapi ela takda..

Monday, April 27, 2009

MEE MAMAK

resepi dari buku masakan gerai terbitan ALAF21....dah banyak kali try n rase dia kena ngan selera ela sekeluarga.....lama dah stick to dis recipe....tapi ela tambah kentang rebus..telur masuka akhir sekali n buah tomato..

BAHAN2
200g mee kuning
sedikit tauge
2 ulas bawang putih-tumbuk
2 sudu besar cili kisar
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos tomato
1 keping tauhu goreng
sedikit kobis n sawi
1 biji telur
*2 sudu kuah kacang
sedikit timun n tomato
garam n minyak masak
*bahan kuah kacang (ela tak wat yg ini since ela ada serbuk kuah pecal..lebih kurang la)
500g kacang tanah-rendam semalaman.buang kulit.
sedikit bawang putih n merah
sedikit serbuk cili
sedikit ikan bilis
~kesemua bahan ini dikisar hingga sebati

CARA2
panaskan minyak, tumiskan bawang putih hingga naik bau
masukkan cili kisar dan masak hingga garing
masukkan sawi, tauge n kobis
seterusnya masukkan telur, kicap, sos tomato n garam
kacau sebati..kemudian masukkan kuah kacang, mee dan goreng dengan api kuat
bila hidang, masukkan tomato, timun, cili besar n daun bawang...