jom klik

Showing posts with label not 'bout food. Show all posts
Showing posts with label not 'bout food. Show all posts

Tuesday, January 21, 2014

PERKEMBANGAN ANAK-ANAK 2-3 TAHUN


Hari ni anak cikla yang sulong mengodek2 gambar2 dlm hard disc lama...tujuan asalnya nak cari games2 yang ada kat situ..ermm tak cukup dgn yang ada di tenet, di tab, di psp....Terjumpa pulak folder masa dia ke
kecik2 kat Qatar..masa tu umur luqman baru masuk 2 tahun 3bulan lebih kurang...

Seronok pulak Cikla tgk masa anak kecik2 kan..comel jer..rindu waktu itu..kalaulah boleh diundurkan waktu terlalu byk rasenya yg ingin cikla perbaiki..maaf kan mama wahai anak..mama juga manusia biasa yg tak lari dari kesilapan dan terlalu byk kelemahan.

Tiba pada satu gambar ni, hati Cikla terdetik "eh mcm Mustaqim juga rupanya si Luqman ni"..suka nak tolak troli kalau ke pasaraya....bukannya dia nak duduk diam2 mcm budak lain dlm troli tu...kat Food Palace tu mmg ada disediakan troli kecik tuk kids..Waktu ni Luqman berusia 2 tahun lebih...pandai dia handle troli..beli brg2 yang mama ckp ok sahaja.

Teringat pulak Mustaqim pun suka sgt tolak troli tak kira yg kecik atau yang besar...Di Brunei ni ada troli kecik di Hwa Ho...suka sgtlah dia kalau ke situ..tapi berbeza ngan abg Luqman walaupun pada umur yang sama 2 tahun lebih,  mustaqim jenis yg aktif sana2 sini..semua pun dia angkut terutama sekali yg kita marah...so kita dah faham, jgn berkata "tidak" kepada anak2 seperti ini..bila kita cakap elok2 diaorg akan faham dan dgr arahan kita.



Cikla suka sgt baca mengenai perkembangan kanak2...macam mana nak menangani masalah anak2 nakal...mengamuk nak brg dan macam2 lagi...kat sini Cikla share 2 lama web yang sgt bagus untuk parents
yg ada masalah seperti ni..jom baca untuk tambah ilmu..

Ni adalah cara2 bagai mana menangani anak2 kecil yang suka mengamuk..harap dapat membantu!
1- Anda duduk dan ambil anak itu, dudukkan dia di atas riba anda dan pegang dia dari belakang seperti gambar di bawah.
Anda boleh membawa kepalanya bersandar di dada anda.
2- bisikan anda sayang dia dan understand perasaan dia.
3- Bagi yang Mulsim boleh membaca ayat Quran dan A’uzubillah hi manasyaitan nir rajim, supaya syaitan tidak mengambil kesempatan kpd nya dan anda. Bagi yang bukan Muslim, anda boleh membaca doa anda.
4-tenangkan dia dengan kata-kata kasih dan anda pun perlu tenang
5- JANGAN SEKALI-KALI MARAH DAN MENJERIT ATAU MEMUKULNYA KONONNYA UNTUK MENDISIPLINKAN DIA. Ini hanya akan menjadikan dia anak yang pengecut atau yang suka memberontak.
Sumber: pakar keluarga dan kasih sayang: dr rozieta shaary
Sumber: ibubapa cemerlang

Dua website kat atas byk membincangkan hal perkembangan anak2..cikla baca semua walaupun kadang2 tak berkaitan pun dgn anak2 kita...bagus sebenarnya menambah ilmu..maklumlah kita manusia biasa tak lepas dari khilaf..namun kita boleh menambaik dgn mendengar dan membaca pengalaman org yang lebih arif...ibubapa, org tua, kawan2, sedara mara dan pakar keluarga...niat di hati semua nak jadi ibubapa cemerlang kan..insyaallah.......


Thursday, January 16, 2014

KISAH ABANG ADIK..bcos we only have each other

Cikla jarang berkongsi kisah personal di sini..malah rasenya hanya sekali dua upload gambo luqman di blog..tapi hari ni Cikla rase sayu pulak hati bila membaca satu kisah abang adik yang sgt rapat tetapi dgn takdir Illahi si abang pergi mengadap Nya..si adik setiap hari ke pusara abg, membawa mainan , bercakap dan melukis di situ..setiap kali hujan..si adik akan risaukan si abg..basah tak pusara abg?..sejuk tak abg di dlm sana?...air mata tak henti2 mengalir sehingga habis cikla baca kisah tersebut...teringat kat anak2 cikla yg mmg sgt2 rapat sejak kecik lagi..

abg is 6...adik is 3 mths old masa ni...Qatar 2008-2011
 Abg  Luqman mmg abg yang baik..menunggu kehadiran adik selama 6 tahun..dialah org yang palinggg happy bila adik ada..maklumlah selama ni hanya seorang diri..sunyi..kesian...bila dah ada adik tak habis2 abg luqman bercakap ngan adik..siang mlm nak tgk adik...walaupun adik tak pernah mengerti...abg luqman lah yg selalu jaga adik Mustaqim dlm buai, main ngan adik, teman adik tgk tv masa mama memasak di dapur..mmg boleh harap..tq abg luqman..balik sekolah jer mesti adiklah tempat pertama abg tuju..masa ni hari2 mama ngan adik tgg abg luqman balik dari sekolah naik bus..kenangan di Qatar.......

luqman is 7..mustaqim is 10 months old masa ni...Cambodia 2011-2012
Mustaqim belajar bertatih ngan abg..abg lah yg encourage adik berjalan..kemana-mana sahaja mesti nak dgn abg..kalau ke pasar centre di phnom pehn, risau juga sbb mustaqim cuma nak pegang tgn abg ajer...kena selalu hati2 setiap kali keluar..faham2 lah cambodia yg sibuk dan sesak...mcm2 org ada..kenangan bertatih dgn abang di Cambodia.
belajar swimming kali pertama bersama abg..malaysia 2012

Sekarang mustaqim dan besar panjang heeeeeeeeeeee...dah boleh jadi kawan abg..berkongsi minat yg sama, makanan yg sama, bantal yang sama, mandi bersama, baju yg sama cuma lain2 size heheh..pendek kata semuanya bersama2..bila abg luqman ke sekolah adik jadi pasif..kerja dia tgg abg balik ajer..walaupun dah bertahun bye2 abg g sekolah..mustaqim tetap menangis tgk abg pergi...

mustaqim 2, luqman 8....BRUNEI 2012 until now

my bok bok  (^__^)


mama doakan semoga kasih sayang ini kekal selamanya...biarlah di dunia dan di akhirat sebagai satu keluarga...semoga anak2 mama menjadi anak2 yg soleh, berguna untuk keluarga, agama , bangsa dan negara...semoga sihat dan bahagia hingga ke syurga......

Wednesday, December 4, 2013

GULAI IKAN ARWAH DALAM KENANGAN

Ni cerita cikla g pasar ikan...bersih giler lah pasor ikan kat Brunei ni ha..siap bawak anak2 main2 tergolek terguling pun takpe kan..ikan2 pun mmg fresh...siap hidup2 lagi hehhehehhe....cikla beli ikan merah ngan ikan ibu gelama..nak gulai lah rase...

ikan sgt fresh baru naik ni ha...
bersih uols pasar ikan ..

tgk jer ikan besar2 gini teringat sgt pada arwah mak ela..alfatihah...mmg sedap sgt gulai ala kampung yg arwah mak buat...rindu rase nak menangis setiap kali tgk makanan kegemaran arwah...tak ada bandingan, tak ada galang gantinyer..bila ela masak tak sama tau...dan tak pernah sama sampai bila2


ni lauk arwah mak masak..pinggan dan rumah mak
gulai kat atas tu arwah mak ela yg masak..posing kat umah mak...masih ela simpan gambar ni...tgk pinggan pun sedih dan rindu..alfatihah...ela kongsikan resepi di bawah yer

sedapnyaa rase dia...ini cara arwah mak masak ikan bersaiz besar atau ikan darat 

GULAI IKAN KG STYLE

BAHAN-BAHAN
seekor ikan jenis besar..potong, bersihkan dan letak garam semalaman
10 biji bendi
santan secukupnya
asam keping
1 sudu besar rempah gulai ikan
1/2 sudu besar kerisik
garam
gula

bahan kisar:
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
10 tangkai cili kering
3 hiris lengkuas
1 inci halia
2 hiris kunyit hidup

 CARA-CARA
  • campurkan bahan kisar dan rempah gulai ikan
  • masukkan dalam periuk bersama2 dengan ikan dan kerisik
  • masak sehingga ikan sedikit masak (mati air)
  • bila dah masak, masukkan santan dan asam keping
  • kacau sekali sekala supaya santan tak berketul
  • tunggu hingga ikan masak, masukkan garam gula
  • masukkan bendi dan tutup api


Wednesday, April 22, 2009

NAK TANYA NI.....

oleh kerana ela dah pindah umah,...ela ingat nak guna umah ni terus la..yg lama tu biarla macam tu...(ke nak robohkan ajer)..kalau nak robohkan pun bukan sekarang la..byk lagi yg lum angkut ni..angkut sorang2 tak larat den..hehheh...
tu yg kdg2 ada n3 daging berderet, ayammmmmm berderet, jerukkkk berderet...ada suggestion tak?...

Adakah ela patut angkut semua dulu dari sana biar clear @


Adakah patut ela proceed ajer ngan post baru kat sini n pada masa yg sama ngkut skit2 dari sana....


ermmmm..buntu..ishhhhh .....kalau ada idea, let me know ye. tq


***kalau ada yg tertanya kenapa ela pindah, jawapannya...blog ela yg dulu ada problem..nak post pun susah sekarang ni....thanks all

Sunday, April 19, 2009

VERY FIRST N3



i always wanted to backup my blog (simply me), kot2 la jadi apa2 kan...tapi malas nya..asyik tertangguh...

tiba mase, mmg SIMPLY ME sakit, takleh nak scroll down..wawawwawawwawa....

so, dalam keterpaksaan...pagi2 buta bgn tido kul 6 terus wat blog nih........

tapi kan...cam mana ek?..nak recover seme content tuh....adesssss





WELCOME TO MY NEW (backup) BLOG