jom klik

Tuesday, August 9, 2011

PUDING KASTARD BERKUAH

..macam2 resepi yg ela tgk puding kastard ni..dan yg paling seronok tgk bentuk2 yg dipersembahkan..cantik2 belaka..ela ni cuma ada shape2 ni lah..so guna apa yg ada ajer...ela sgt suka tgk kak ita masam manis buat puding ni guna btk ketupat...wow...nampak sedap..terus rase nak buat...tapi ela edit skit bahan2 (dlm tulisan pink) ikut apa yg ada kat dapur ela.... ela buat ni tuk meraikan jiran ela yg akan kembali ke tanah air 4 good minggu depan...

PUDING KASTARD BERKUAH

10 gm serbuk agar-agar 7g=1 packet
4 cawan air 900ml 1 tin susu cair 170ml=1 tin 1 1/2 cwn gula halus 120g
1 cwn tepung kastard di bancuh dgn 1 cawan air 1/2 cwn+1/2cwn beberapa biji ceri merah utk hiasan
1 sudu kecil perasa vanila

Masak agar2 dan gula bersama air hingga didih dan gula larut.
Tuangkan susu cair
Tuangkan esen vanila
bancuhkan tepung kastard dan air
Kemudian tapis dan tuangkan kedalam adunan puding tadi.
Kacau adunan sehingga hampir pekat.
Apabila telah masak tuangkan ke dalam acuan kecil.
Biarkan sejuk.

* Untuk larutkan agar2 tu, ita masukkan agar2 dulu dalam periuk kemudian baru masukkan air. Pas tu kacau rata supaya tidak berbentil. Kemudian baru letak atas dapur.

Untuk versi ketupat ni ita gunakan acuan tuk buat coklat bentuk ketupat. Ambil sedikit puding dan warnakan dgn hijau. Pastu masukkan dlm piping bag. Titikkan pada petak2 ketupat berselang seli. Tunggu sejuk baru tuangkan kastad yg berwarna kuning. hati2 kerana puding ni panas.

KUAH KASTARD

1 tin susu cair -2 tin yg 170ml 2 gelas air 4-5 cwn 5 sudu besar gula pasir 1/4cwn + 4 sudu besar susu pekat secubit garam
1 sudu besar tepung kastard
1 sudu teh esen vanila
fruit coktail - untuk hiasan

Masak susu, air dan gula dgn api yg perlahan sampai didih. Bancuh tepung kastard dengan sedikit air dan tuangkan dalam adunan kuah. Tambahkan secubit garam dan esen vanila
Biarkan kuah mendidih.
Biarkan sejuk masukkan dlm peti ais supaya sedap di makan bila sejuk.
Untuk menghidang masukkan kuah dlm mangkuk besar. Letakkan ais dan fruit coktail dan letakkan puding kegemaran tadi dan siap utk di hidangkan.

2 comments:

  1. Salam kak ela cayang!!! sedapnyerrrr puding kuah akak tu! kita kalau puding mmg heavennnnnn kuah dia byk2 gituu hihihi sedapppp!!! puding mcm ni pun masuk list jugak, sedap! Selamat berpuasa kak!

    ReplyDelete
  2. ika cayanggggggg hehhe...ye la bulan2 pose ni nak mkn yg manis2, sejukkkkkkkk2 gitu kan

    ReplyDelete