cucur udang ni mmg fave hubbie..tetipa kali ada stok udang n tauge, mesti minta buat ni..resepi ini jugak ela guna tetiap kali wat cucur udang...resepi kak nor secubit garam..mmg best rangup walaupun sejuk n tahan lama sgt kerangupannya itew..heheheh
rupa cucur i mmg tak cantik yer, almaklumlah guna jemput ngan tgn..tak pakai senduk pun pasal senduk bulat ela terlalu dalam....
CUCUR UDANG
resipi : kak nor secubit garam
Bahan:
2 cawan tepung gandum
1 cawan air
1 bj telur
1 sudu teh yis (mjauripan)
1 bj bawang besar ~ didadukan
daun saderi/daun bawang/kucai
taugeh
sedikit kunyit ~ nak kasi cucur kaler kuning
1 sudu teh garam
minyak utk menggoreng
# udang ~ mengikut bilangan berapa bj cucur yg dihasilkan
Cara:
Campurkan kesemua bahan kecuali minyak. Perap sehingga adunan naik sket (dlm 1/2 jam).
Panaskan minyak dlm kuali. Minyak kena lebih ya..
Letak senduk bulat dlm minyak hingga minyak dan senduk panas.
Ceduk sedikit adunan cucur kedalam senduk dan letak seekor udang sambil tekan2 sket (lap kering udang supaya masa menggoreng udang tidak meletup)
Masukkan dlm minyak panas dan goreng la hingga bahagian bawah cucur tu dah tak melekat kat senduk.
Goyang2kan sedikit senduk atau kuis jer dgn sudu atau lidi/chopstick supaya ia lekang dr senduk.
Hidangkan dgn sos cili kegemaran atau boleh cucah dgn Sos Cili homemade ni.
No comments:
Post a Comment