jom klik

Tuesday, January 21, 2014

PERKEMBANGAN ANAK-ANAK 2-3 TAHUN


Hari ni anak cikla yang sulong mengodek2 gambar2 dlm hard disc lama...tujuan asalnya nak cari games2 yang ada kat situ..ermm tak cukup dgn yang ada di tenet, di tab, di psp....Terjumpa pulak folder masa dia ke
kecik2 kat Qatar..masa tu umur luqman baru masuk 2 tahun 3bulan lebih kurang...

Seronok pulak Cikla tgk masa anak kecik2 kan..comel jer..rindu waktu itu..kalaulah boleh diundurkan waktu terlalu byk rasenya yg ingin cikla perbaiki..maaf kan mama wahai anak..mama juga manusia biasa yg tak lari dari kesilapan dan terlalu byk kelemahan.

Tiba pada satu gambar ni, hati Cikla terdetik "eh mcm Mustaqim juga rupanya si Luqman ni"..suka nak tolak troli kalau ke pasaraya....bukannya dia nak duduk diam2 mcm budak lain dlm troli tu...kat Food Palace tu mmg ada disediakan troli kecik tuk kids..Waktu ni Luqman berusia 2 tahun lebih...pandai dia handle troli..beli brg2 yang mama ckp ok sahaja.

Teringat pulak Mustaqim pun suka sgt tolak troli tak kira yg kecik atau yang besar...Di Brunei ni ada troli kecik di Hwa Ho...suka sgtlah dia kalau ke situ..tapi berbeza ngan abg Luqman walaupun pada umur yang sama 2 tahun lebih,  mustaqim jenis yg aktif sana2 sini..semua pun dia angkut terutama sekali yg kita marah...so kita dah faham, jgn berkata "tidak" kepada anak2 seperti ini..bila kita cakap elok2 diaorg akan faham dan dgr arahan kita.



Cikla suka sgt baca mengenai perkembangan kanak2...macam mana nak menangani masalah anak2 nakal...mengamuk nak brg dan macam2 lagi...kat sini Cikla share 2 lama web yang sgt bagus untuk parents
yg ada masalah seperti ni..jom baca untuk tambah ilmu..

Ni adalah cara2 bagai mana menangani anak2 kecil yang suka mengamuk..harap dapat membantu!
1- Anda duduk dan ambil anak itu, dudukkan dia di atas riba anda dan pegang dia dari belakang seperti gambar di bawah.
Anda boleh membawa kepalanya bersandar di dada anda.
2- bisikan anda sayang dia dan understand perasaan dia.
3- Bagi yang Mulsim boleh membaca ayat Quran dan A’uzubillah hi manasyaitan nir rajim, supaya syaitan tidak mengambil kesempatan kpd nya dan anda. Bagi yang bukan Muslim, anda boleh membaca doa anda.
4-tenangkan dia dengan kata-kata kasih dan anda pun perlu tenang
5- JANGAN SEKALI-KALI MARAH DAN MENJERIT ATAU MEMUKULNYA KONONNYA UNTUK MENDISIPLINKAN DIA. Ini hanya akan menjadikan dia anak yang pengecut atau yang suka memberontak.
Sumber: pakar keluarga dan kasih sayang: dr rozieta shaary
Sumber: ibubapa cemerlang

Dua website kat atas byk membincangkan hal perkembangan anak2..cikla baca semua walaupun kadang2 tak berkaitan pun dgn anak2 kita...bagus sebenarnya menambah ilmu..maklumlah kita manusia biasa tak lepas dari khilaf..namun kita boleh menambaik dgn mendengar dan membaca pengalaman org yang lebih arif...ibubapa, org tua, kawan2, sedara mara dan pakar keluarga...niat di hati semua nak jadi ibubapa cemerlang kan..insyaallah.......


2 comments: