Act daging prunes ni bukan baru yer...dah lama bertapa kat folder Cikla..Cikla sendiri pun dah lupa bila masaknya...kebetulan waktu tu ada buah prunes kering...tak habis2 sbb semua tak suka ..manisssssss sangat bagi Cikla...anak2 ni pantang tgk iklan dlm tv ke kat mana2...mesti nak beli..so bila beli tak suka takdalah org nak berabis...Cikla ni sayang jugak kan membazir..duk godek2 tu jumpa lah daging prunes Kak Liza..alal Chef hanieliza..semua kenal kan?..hehhehhdaging yang sikit cuma dlm peti ais tu lehlah masak ni..lagipun hanya cikla ngan hubby je mkn pun...
DAGING PRUNES
SUMBER : chef hanieliza
bahan
600 gm daging [potong nipis]
1/2 cawan buah prune [buangkan biji dan mesin halus]
5 s/b sos tomato
4 s/b kicap pekat
2 s/b cili mesin
2 s/b rempah kari
4 s/b minyak
1/2 cawan air
garam
bahan mesin
4 ulas bawang putih
10 ulas bawang merah
2 inci halia
Cara
1. Daging dibersihkan dan gaulkan dengan sos tomato, rempah kari, cili mesin dan kicap pekat.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin sehingga wangi dan naik minyak.
3. Masukkan daging. Kacau rata. Biarkan masak sehingga daging lembut.
4. Masukkan buah prune mesin dan garam. Biarkan sehingga kuah pekat.
5. Hidangkan bersama nasi putih atau nasi minyak atau beriani.
salam cikla, ada lagi daging prune tu heeee, kalau tak habis bak sini tau akak suka tu supaya cepat ke tutttttttttt heeee
ReplyDelete