jom klik

Saturday, October 13, 2018

Sushi melayu aka pulut gulung



Pulut kuning
2cawan pulut susu
1cawan santan pekat...atau satu kotak santan
1sudu besar minyak
3/4 sudu besar gula pasir
Garam
Daun pandan
Asam keping
Serbuk kunyit
Pewarna kuning

Cara
Rendam pulut semalaman bersama serbuk kunyit sedikit pewarna dan asam keping.
Toskan kukus bersama daun pandan sehingga naik wap.
Angkat dlm bekas besar arong bersama santan pekat gula garam.
Gaul rata dan kukus semula hingga masak.
Biasanya pulut di buat lubang sedikit ditgh2 semasa mengukus.
Angkat dan gulung seperti menggulung sushi.
Di sini hanya digunakan ayam goreng...boleh tukar dgn isi yg disukai seerti serunding.

No comments:

Post a Comment