jom klik

Monday, April 27, 2009

BEBOLA TAUHU BERSOS

sekali pandang macam cekodok jer!...bebola tauhu sebenarnya ni...sedap...luqmn punyala suka maybe sebab ada udang kat dalam. makan macam tu pon ok..sedap.....sesuaiiiii...heeeeeee..tauhu kaya protein..bagus untuk kanak2...resepi dari http://www.trymasak.my/tapi sambal tu ela adjust ikut selera tekak


Bahan untuk Bebola
1) Tauhu (1 keping)
2) Udang (100g)
3) Tepung jagung (2 sudu besar)
4) Telur (1 biji)
5) Serbuk lada sulah (sedikit)
6) Gula dan garam (sedikit)
Bahan untuk Sos
1) Bawang merah dipotong nipis (2 ulas)
2) Bawang putih dicincang halus (1 ulas)
3) Sos tomato (4 sudu)
4) Kicap pekat (1 sudu)
5) Cili merah dipotong nipis (1 biji)
6) Gula dan garam (sedikit)

Untuk membuat bebola tauhu:
Cincang halus udang.
Potong kasar tauhu.
Lenyek tauhu hingga hancur.
Campurkan tauhu dengan udang, tepung jagung, serbuk lada sulah, garam dan gula.
Gaul sebati.
Bentukkan adunan bulat-bulat seperti bebola.
Pukul telur.
Celup bebola tauhu ke dalam telur dan goreng.
Angkat setelah garing.
Bebola tauhu boleh juga dimakan begitu sahaja.
Untuk menyediakan sos:
Tumis bawang putih hingga wangi.
Masukkan bawang merah, tumis hingga layu.
Masukkan sos tomato.
Tumis hingga pecah minyak.
Masukkan garam, gula dan kicap pekat.
Kacau sebati.Masukkan cili merah.
acau hingga cili merah layu.
Tuang sos ke atas bebola tauhu.

No comments:

Post a Comment