jom klik

Thursday, November 28, 2013

GULAI TEMPOYAK IKAN MERAH , KANGKUNG GORENG BELACAN


 sebenarnya ada macam2 cara masak gulai tempoyak, tapi bagi ela ini yg paling senang dan sedap...

2 keping ikan merah
sehelai daun kunyit hiris kasar
1 1/2 sudu besar tempoyak
garam
gula
4 cawan santan (agak2 sedikit pekat-bukan santan cair)

Bahan blend
8 tangkai cili padi
kunyit hidup
4 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 batang serai

  1. masukkan santan, bahan blend dan daun kunyit dalam periuk
  2. kacau sentiasa, kemudian masukkan tempoyak..biar mendidih
  3. masukkan ikan, garam dan gula
  4. masak hingga kuah pekat dengan api yang sederhana....
seikat kangkung potong
sedikit sos tiram
garam
Bahan tumbuk
belacan
5 biji cili padi
1 biji cili merah
2 ulas bawang putih
segenggam ikan bilis
  1. panaskan minyak , tumis bahan tumbuk hingga wangi
  2. masukkan sos tiram dan kangkung..
  3. gaul mesra , tunggu kangkung layu...tambah garam kalau tak masin
  4. masak hingga kangkung layu skit...
*kalau suka leh tabur bawang goreng

2 comments:

  1. alamak...tak makan tempoyak...durian makanlah hehee

    ReplyDelete
  2. dok pernah try ikan merah….. blh la try pasni. tq ela

    ReplyDelete