ni sebenarnyer entri zaman bila tak tahulah...duk dlm draf sejak e.la di qatar lagi gamoknyer...tadi tetiba sajer kuar ish ish....
semalam ada beli kacang peas..hubby mesti nak makan nasi tomato kalau tgk kacang peas ni...hihi..so hari ni wat nasi tomato la..ikut resepi Kak Liza pulak.thanks a lot ya Kak Liza.....muah muahss...makan ngan ayam masak merah jer,...hihihi
NASI TOMATO
Bahan-Bahan:
5 cawan beras - cuci dan toskan
1/2 cawan susu cair
4 biji tomato - cincang
1/2 cawan sos tomato
2 s/b majerin /minyak sapi
5 s/mb minyak
Garam secukup rasa
Air (ikut sukatan beras dalam 5 cawan gak)
daun pandan disimpul or daun sup cincang
bahan tumis
3 ulas bawang putih - hiris
5 ulas bawang merah - hiris
1 inci halia - hiris
3 biji Buah pelaga
3 biji Bunga cengkih
1 inci Kulit kayu manis
2 kuntum Bunga lawang
Cara:
1. Tumis bawang merah, putih, halia dan rempah dengan minyak dan minyak sapi hingga kuning dan naik bau. Gunakan periuk rice cooker tu..
2. Masukkan susu cair, tomato, garam dan gaul rata. Tambah air dan biarkan mendidih
3. Masukkan beras & daun pandan/daun sup dan alihkan periuk kedalam tempat rice cooker dan biarkan masak.
4. Apabila nasi telah kering, kacau rata tapi jangan sampai hancur..
5. Boleh dihidangkan bersama lauk ayam masak merah dan dalca atau kerabu timun..
lama peram tu
ReplyDeletesedapnya nasi.... salam ukhuwah Ela....
ReplyDeletekak ros..dah basi pun hehehhe
ReplyDeletesalam ukhuwah ozie..tq sudi singgah