jom klik

Monday, December 23, 2013

MIDIN GORENG BELACAN


Ni pucuk midin yer yang mmg sgt byk di Brunei dan Sarawak..tiap kali g pasar mmg byk sgt jual ni..cikla mmg geram tgk sayur2 hijau..nak beli semua klau ikut kan hati..pucuk midin ni one of my faveret lah..sbb dia krup krup gitu..tahan lama dan senang nak masak....goreng belacan , goreng sos tiram ataupun buat kerabu...kali ni cikla goreng belacan..kalau alahan tu tak payah letak belacan pun takpa..goreng cili sedap jugak

BAHAN-BAHAN
pucuk midin secukupnya-ambik bahagian kepala yg lembut.
2 ulas bawang putih
1 ulas bawang merah
5-6 biji cili padi-cikla letak skit ye hubby tak suka pedas sgt
sebtg cili merah
sedikit ikan bilis
garam
gula

CARA-CARA
-tumbuk kasar cili padi, cili merah, bawang merah, belacan dan ikan bilis
-ketuk bawang putih, goreng hingga wangi
-masukkan bahan tumbuk..goreng hingga sedikit garing
-masukkan midin tadi..goreng sekejap
-tambah garam dan gula secukup rase
-boleh juga tambah air skit kalau suka...cikla suka kering sajer

No comments:

Post a Comment