Perkongsian harini ialah cara menyimpan laukpauk seperti ikan, ayam, daging, seafood atau apa sahaja di dalam freezer supaya tahan lama dan dikekalkan kesegarannya..Cara menyimpan yg betul akan menjamin kualiti makanan untuk keluarga, mendapat makanan yg selamat dan menjimatkan kos.
Tabiat menyimpan makanan dengan betul akan menjimatkan kita..Cikla cuma keluar beli brg2 dapur seminngu sekali sahaja..lauk pauk, sayur mayur serta buah2 cikla beli dlm satu masa dan masak sikit2 hingga habis..kemudian beli lagi minggu depan. Dengan cara itu, tidak perlu keluar setiap hari..jimat belanja minyak,jimat masa dan tenaga...
Menurut Hajah Rohani, iaitu penulis buku "Cukup wang hati tenang", barang2 dapur seperti lauk pauk dan brg kering boleh dibeli 2minggu sekali dan disimpan di dalam freezer khas. Tambah beliau lagi elakkan selalu/kerap ke pasaraya2 besar kerana kita akan lebih cenderung berbelanjan lebih..Beliau juga menyarankan supaya beli pada harga diskaun ataupun beli borong contonhnya kertas tisu, sabun, pencuci dan lain2.
ikan2 kecik untuk cikla heheh yg besar tu untuk hubby & anak2 sotong kena cuci dan potong siap2 baru simpan |
ikan besar gini cukuplah sekali mkn untuk cikla sekeluarga |
Berbalik pada ikan kita tadi...Cikla biasa beli ikan pada hujung minggu hari Sabtu..pastikan kita membeli ikan yg segar bugar baru naik dari laut kalau buleh..ala2 bergerak2 lagi hehheheh..nyawa2 ikan kata orang :).
Balik rumah, terus siang buang segala perut , insang dan darah..cuci dan masukkan ke dalam bekas...
Cikla suka guna plastik zipper lock tu...setiap plastik cuma letak 1 portion sahaja cukup untuk sekali masak/makan kita sekeluarga...jgn letak byk2 kemudian masa nak masak, keluarkan semua, kemudian lembik ikan2 tu masuk semula dlm freezer..maksudnya nyah beku kemudian bekukan semula. Ini akan menyebabkan laukpauk tu kehilangan zat dan kualiti serta menggalakan pertumbuhan bakteria.
stok seminggu ni... |
Plastik yg digunakan bertujuan untuk save space dlm freezer...kalau nak guna tupperware boleh sahaja cuma ambik ruanglah kan. Ikan dan daging kenalah disimpan didalam bekas tertutup untuk mengelak kekeringan dan bau ikan pada makanan lain pula. Ikan dan daging mestilah disimpan di dlm freezer yg suhu 2deg atau kurang kerana ia mengandungi protein dan kelembapan yg tinggi dan mudah dicemar oleh bakteria.
Selamat mencuba..next time cikla share cara simpan sayur pula...
Ela..plastik zipper lock ela beli kt mane..suka idea ela..
ReplyDeleteslm nani...kalau kat qatar/brunei ni mmg byk nani...kedai runcit pun ada..kalau kat mesia bese giant atau carrefour...dulu ada juga di tunas manja...tapi leni tak sure...
ReplyDeleteye nani..jimat space..hheehh
fuh..ada telur...tak tahan tengok :)
ReplyDelete